Biologi Sel dan Organisasi Sel

2.1 - Struktur dan Fungsi Sel

Sel merupakan unit asas semua benda hidup. Bayangkan sel-sel sebagai semua jubin yang diperlukan untuk membina sebuah rumah. Begitu juga, berjuta-juta sel diperlukan untuk membentuk organisma. Sel boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu sel haiwan dan sel tumbuhan.

Sel haiwan

Rajah 1

Rajah 1 - Sel haiwan dan komponen asasnya.

Komponen Sel/Organel

  • Membran plasma
    • Membran luar yang memisahkan sel dalaman dan luaran
    • Dibina daripada protein dan fosfolipid
    • Bersifat telap memilih
    • Fungsi:
      • Mengandungi semua komponen sel dalam sitoplasma.
      • Mengawal pertukaran ion, nutrient, gas respirasi dan bahan buangan antara sel dan persekitarannya.
  • Nukleus
    • Komponen terbesar dalam sel
    • Mengandungi nukleolus, kromosom dan nukleoplasma
    • Dilingkungi membran nukleus
    • Fungsi:
      • Mengawal semua aktiviti sel termasuk ciri-ciri sel dan proses metabolisme.
  • Sitoplasma
    • Medium seperti jeli yang mengisi sel
    • Mengandungi protein, ion, glukosa, asid amino, nukleotida dan air (kebanyakannya)
    • Fungsi:
      • Menyokong struktur dalaman sel.
      • Mengekalkan bentuk dan konsistensi sel.
      • Mengandungi pelbagai sebatian kimia untuk hidup.
      • Medium bagi aktiviti metabolisme.
  • Jalinan endoplasma kasar
    • Jalinan membran berterusan dengan membran nukleus
    • Mempunyai ribosom pada permukaannya yang memberi permukaan kasar yang diperhatikan
    • Fungsi:
      • Ribosom terlibat dalam sintesis protein.
      • Mengangkut protein ke jasad Golgi untuk diubah suai.
      • Permukaannya membenarkan perlekatan enzim dan tindak balas biokimia.
  • Jalinan endoplasma licin
    • Tubul yang diselaputi oleh rangkaian membran
    • Tidak mempunyai ribosom pada permukaannya
    • Fungsi:
      • Aktif dalam lipid, steroid dan karbohidrat sitensis.
      • Terlibat dalam metabolisme dadah atau toksin.
  • Mitokondrion
    • Organel yang mempunyai membran
    • Dua lapisan membrane iaitu membran luar dan membran dalam
    • Fungsi:
      • Menjana tenaga dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP) melalui respirasi sel.
  • Jasad Golgi
    • Organel yang mempunyai membran
    • Satu lapisan membrane
    • Fungsi:
      • Mengubah suai, membungkus dan mengangkut karbohidrat, protein dan lipid dalam vesikel untuk dibawa keluar dari sel.
  • Sentriol
    • Struktur silinder kecil yang terletak berhampiran membran nucleus
    • Terdiri daripada sususan mikrotubul
    • Tidak wujud dalam sel tumbuhan
    • Fungsi:
      • Membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel.
  • Lisosom
    • Kantung sfera kecil yang diselaputi oleh membran
    • Mengandungi enzim pencernaan yang dipanggil enzim lisozim
    • Fungsi:
      • Membunuh bakteria dan virus.
      • Menguraikan komponen sel yang rosak atau mati.
      • Menghidrolisis makromolekul seperti protein, lipid dan asid nukleik.
  • Ribosom
    • Boleh dijumpai bebas dalam sitoplasma atau pada permukaan jalinan endoplasma kasar
    • Terdiri daripada dua subnit iaitu subunit ribosom kecil dan besar
    • Fungsi:
      • Terlibat dalam sintesis protein.

***Organel yang disenaraikan di atas juga boleh dijumpai dalam sel tumbuhan kecuali sentriol.

Sel Tumbuhan

Rajah 2

Rajah 2 - Struktur umum sel tumbuhan.

Komponen Sel/Organel

  • Dinding sel
    • Hanya wujud dalam sel tumbuhan
    • Membran luaran yang mengelilingi membran plasma
    • Dibina daripada gentian selulosa
    • Bersifat tetap sepenuhnya
    • Fungsi:
      • Melindungi sel daripada tekanan osmotik dan mekanikal.
      • Mengekalkan bentuk sel tumbuhan.
  • Kloroplas
    • Hanya boleh dijumpai dalam sel tumbuhan
    • Dua lapisan membran
    • Mengandungi pigmen klorofil yang memberikan warna hijau kepada tumbuhan
    • Fungsi:
      • Menukar tenaga cahaya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis.
  • Vakuol
    • Ruang dalam sel yang tidak mengandungi sitoplasma
    • Dikelilingi oleh membran tonoplas
    • Vakuol dalam sel tumbuhan lebih besar daripada vakuol dalam sel haiwan
    • Mengandungi air, enzim, ion, gas respirasi dan produk metabolisme
    • Fungsi:
      • Menyimpan air untuk menjadikan sel segah.
      • Mengeluarkan bahan yang tidak diingini dari sel.

***Organel yang disenaraikan di atas hanya boleh dijumpai dalam sel tumbuhan kecuali vakuol

Perbandingan dan Perbezaan Komponen Antara Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan

Persamaan

Kedua-dua mempunyai membran plasma, nukleus, sitoplasma, jasad Golgi, mitokondrion, jalinan endoplasma dan ribosom

Perbezaan

  • Sel haiwan
    • Bentuk tidak tetap
    • Tiada dinding sel
    • Tiada kloroplas
    • Lebih kecil atau tiada vakuol
    • Bentuk simpanan karbohidrat: Glikogen
    • Ada sentriol
  • Sel tumbuhan
    • Bentuk tetap (kerana ada dinding sel)
    • Ada dinding sel
    • Ada kloroplas
    • Lebih besar vakuol
    • Bentuk simpanan karbohidrat: Kanji
    • Tiada sentriol

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024