Siakap Keli
asal usul kopi joss
Kredit: Liputan6

Kopi Campur Bara Arang? Ini Asal Usul Kopi Joss

Kopi Campur Bara Arang? Ini Asal Usul Kopi Joss

Kopi yang diletakkan bara arang dan boleh diminum. Kalau anda lihat menu ini di kedai makan, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran? 

Kemungkinan berfikir tentang keunikan minuman tersebut dan yang paling penting bagaimana cara untuk minum kopi tersebut.

Baru-baru ini, minuman kopi yang ditambah bara arang semakin menjadi trend di sesetengah premis makanan dan telah menjadi tular selepas mendapat perhatian orang ramai.

Kopi yang dimasukkan dengan bara arang atau dipanggil “Kopi Joss” di Indonesia itu mula menjadi perbualan netizen kerana minuman tersebut berbeza dari yang lain.

Sebenarnya apa yang dimasukkan dengan Kopi Joss ini dan bagaimana ia boleh tercipta?

Kalau nak tahu, Kopi Joss ini adalah sejenis kopi tradisional dan minuman unik yang berasal dari negara jiran, Yogyakarta di Indonesia.

Rasanya tidak jauh beza dengan kopi biasa namun secara umumnya yang membezakan Kopi Joss dan minuman kopi yang lain adalah cara penyajiannya.

Di Indonesia, kopi tersebut dijual dengan harga serendah RM1.50 dan ia boleh didapatkan di kedai makanan yang terdekat.

Kopi Joss ni apa?

Cara penyediaan Kopi Joss ini agak unik di mana individu yang membuat air tersebut perlu mencelupkan bara arang ke dalam kopi dan kemudiannya bunyi seakan kedengaran ‘jooosss’ akan kedengaran.

Oleh sebab bunyi tersebut, maka terhasil minuman yang dinamakan sebagai Kopi Joss yang terinspirasi daripada bunyi bara arang yang dicampur dengan air.

Kredit: Consumer Eyes/Youtube

Seperti air kopi yang lain, Kopi Joss dibuat daripada kopi hitam dan gula yang dibancuh dengan air panas dan kemudian ditambah dengan bahan utama iaitu arang di dalam minuman tersebut.

Selain bara arang dicelupkan dalam kopi hitam tulen, ia juga boleh dihidangkan dalam kopi susu.

Kopi Joss disediakan dengan campuran kopi hitam dan gula yang dibancuh dengan air panas dan kemudian ditambah dengan beberapa keping arang ke dalamnya. Selain dicelup dalam kopi hitam, arang panasnya juga boleh dicelup ke                                                                                       dalam kopi susu.

BACA: Haiwan Mana Yang Dapat Kenali Wajah Sendiri Bila Tengok Cermin?

Sejarah Kopi Joss: Terhasil dari warung

Penciptaan Kopi Joss ini agak istimewa kerana ia terhasil dari warung, di mana penduduk dan pedagang selalu singgah untuk duduk secara santai di Angkringan Lik Man.

Ia muncul selepas ramai pelanggan yang datang dari Jawa Timur memesan Kopi Kothok, yang kini dikenali jamak khas Jawa Timur, yang turut menggunakan kaedah yang sama.

Kredit: Detik Food

Pedagang tersebut hanya meminta kopi biasa yang dibuat menggunakan tiga bahan iaitu kopi, gula dan air namun Lik Man yang merupakan pemilik warung itu tidak membuat seperti yang diminta oleh pelanggannya.

Malah, beliau mengambil inisiatif lain dengan menambah bara arang panas ke dalam kopi dan tidak lama kemudian, siapa sangka ideanya telah menjadi popular dan kini menjadi minuman pilihan di Yogyakarta.

Disebabkan kopi tersebut digemari dan disukai ramai, masyarakat menganggap Lik Man sebagai perintis Kopi Joss dan mula tercipta pada tahun 1968.

Satu kesalahan hidang di kedai makanan di Malaysia

Bagaimanapun, hari ini Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan mana-mana pengusaha premis makanan yang didapati menghidangkan kopi bersama bara arang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tidak melebihi dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Pakar kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan meminum minuman berkenaan kerana boleh mengundang kesan buruk seperti kanser berikutan sifatnya yang karsinogenik serta kemungkinan usus tersumbat jika diambil secara kerap untuk tempoh masa yang lama

Jadi, sebagai rakyat yang cakna dengan isu semasa elakkan melakukan atau mengambil makanan dan minuman yang boleh mendatangkan masalah kesihatan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Detik, Jogya,

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana