You are on page 1of 6

PENCEMARAN

TANAH

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN TANAH

Aktiviti perlombongan
Tebus guna tanah yang mengorbankan
kawasan terumbu karang
Penebangan hutan
Pembuangan sampah sarap
Pembuangan kumbahan yang tidak
terkawal
Pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear
Tumpahan minyak

KESAN UTAMA PENCEMARAN TANAH


1.

Tanah Menjadi Beracun


Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik
dan nulear menjadikan tanah beracun
dan tidak boleh didiami.
Ianya memberi kesan yang sangat
buruk terhadap kesihatan manusia
serta hidupan lain.

2. Tanah Bertukar Gersang


Tanah menjadi gersang atau menjadi tanah gurun
disebabkan oleh penggunaan tanah secara
berlebihan dan tidak terkawal.
Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang
kurang berkualiti (tidak subur), padang ragut yang
terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak,
sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya
padang ragut menjadi gondol
Pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang
memerlukan kawasan penempatan adalah antara
punca-punca kejadian tanah gersang.

3. Hakisan Tanah Berlaku


Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan.
Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang begitu
sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja
merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga
mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Umpamanya
tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak negaranegara yang sedang diancam hakisan tanah.
Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit
yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan
tanahdaripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila
hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas
dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu
jenis tanaman.

4. Penyebaran kuman-kuman
penyakitmerupakan salah kesan yang akan
timbul kesan daripada pencemaran tanah.
Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan
lalat akan tertumpu di kawasan itu dan
menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat
lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas, seterusnya dimakan oleh
manusia tanpa sengaja maka manusia akan
mudah diserang keracunan makanan dan
seterusnya diserang penyakit yang serius.

You might also like