Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Lelaki Terhebat

Rate this book
Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ SERI DHIA

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ JADEN

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.

“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ SERI DHIA

“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ JADEN

Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

460 pages, Paperback

Published February 1, 2020

Loading interface...
Loading interface...

About the author

Dilla Ahmad

26 books70 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (35%)
4 stars
12 (30%)
3 stars
9 (23%)
2 stars
2 (5%)
1 star
2 (5%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 10 books88 followers
February 5, 2020
akak suka watak tok ayah. seorang yang sangat rasional dalam berfikir dan membuat keputusan. mungkin faktor umurnya yang berusia 69 tahun. dia sangat disanjungi oleh seri dhia, cucunya.

buku kisah lelaki? ye la... wataknya pun memang ada beberapa orang lelaki dan masing-masing pun punya sisi gelap. doktor iqram tu pun, walaupun doktor dan terpelajar, pun taklah hebat mana. cepat percaya pada tohmahan. tok ayah, yang baik dan sayang cucunya tu pun pernah lakukan kesilapan hingga ada manusia lain rasa sangat terhina. harris, juga mangsa kekejaman mulut lelaki lain buatkan dia berubah perwatakan. semua manusia pendosa, bak kata tok ayah.

jaden. watak ini yang mulakan kisah. dia ni pun sama, bukanlah watak yang baik. bodyguard, layan perempuan, kaki pukul, lupa tuhan... dia tak sempurna. siap mahu rampas ariana, perempuan simpanan seorang datuk. pandang orang lain buat salah macam kambing yang nak dikepak-kepak tulang selangka! dan kemudian dia berjumpa dengan seri.

puan penulis Dilla Ahmad ambil latar yang cantik. dari kota ke kampung. dan kampung pun bukanlah yang hulu sangat. latar masyarakat pun yang biasa saja. yang baik, yang kurang baik, yang menyibuk, yang suka menggetah bawang, yang suka jatuh hukum sendiri. yelah... yang baik tu sentiasala kononnya baik sampai merendahkan orang lain. yang jahat ni kononnya takkan ada yang boleh berubah bila dapat hidayah.

apa pun kita manusia tetap punya pilihan. paling tidak, tetap punya sisi putih. cuma perlu digilap. mungkin perlu dorongan supaya terus jumpa simpang yang betul.

jaden, sayangkan seri dengan cara yang berbeza. seri marahkan jaden supaya menjadi manusia bertanggungjawab pun kerana sebenar sayangkan jaden.

jadi?

pilihan mereka?
Profile Image for Eyd1410.
711 reviews18 followers
April 1, 2020
Bila membaca kisah BLT ini, fokus saya kali ini tertumpu pada watak2 lelaki yg berada disekeliling Seri Dhiya. Seri pernah berkata pada Jaden yg zaman ini sukar utk mencari lelaki hebat. Kebanyakan lelaki yg dia jumpa semuanya lelaki tak guna. Lelaki terhebat dari kaca mata Seri Dhiya hanyalah tok ayahnya seorang.

1. Tok Ayah
Seorang yg sangat sayangkan cucunya sehingga sanggup mempertahankan tanah pusakanya dari dirampas. Seorang atuk yg sangat penyanyang dan didalam masa yg sama tidak pernah mengadili peribadi Jaden. Baginya setiap org ada kisah silam dan kerana itu, Jaden juga sangat menghormati pendirian dan pandangan Tok Ayah. Dan jangan tak tahu, Tok Ayah juga mastermind perkahwinan cucunya itu.

2. Harris
Seorang lelaki yg bagi saya jenis lelaki yang tak guna. Dah lah meninggalkan Seri dan ibunya, boleh pula menjadi dalang dlm perebutan tanah pusaka Tok Ayah. Cuma bila dia meninggal, saya 'dapat rasa' apa yg penulis mahu ungkapkan utk watak Harris. Harris sebenarnya menyanyangi Seri. Kalau tidak, tak kan dia risau bila Seri boikot tidak mahu makan. Walau samseng, ada juga terselit rasa sayang dirinya terhadap ank tunggalnya itu. Walaupon mungkin agak terlewat🤷‍♀️

3. Iqram
Lelaki sebegini mmg berlambak di luar sana. Merasakan diri mereka hebat, jadi dia hanya mahukan wanita yg sempurna dlm hidupnya. Tidak dinafikan Iqram mmg seorang yg baik. Memiliki pekerjaan yg bagus. Namun title ank mak nya itu memakan diri sendiri kerana terlalu mempercayai fitnah ibunya. Dan kerana itu, Jannah kwn baik Seri sendiri enggan mengahwini Iqram. Iqram ni rasanya kena mandi bunga gamaknya. Tak ada sorang perempuan pon yg melekat padanya utk dijadikan isteri😂

4. Jaden
Watak lelaki utama dlm kisah ini. Lelaki yg mengamalkan gaya hidup yg bebas tanpa kenal erti dosa. Cara pertuturan juga agak kasar. Namun walau disenarai sikap buruk yg ada pada Jaden, dia jugalah bg saya lelaki terhebat utk Seri. Melindungi Seri dari dihina oleh orang2 kampung, malah sanggup menjaga keselamatan Seri spt dia menjaga nyawanya sendiri. Apa yg pasti bad boy mcm ni I Like!!! 😜

5. Tuan Amirul
Ini satu lg cth lelaki tak guna. Syaitan yg bertopengkan manusia. Seorang usahawan yg berjaya namun perniagaan yg ada hanya utk mengaburi kegiatan haram yg dijalankan😡.

Apapun tahniah Dilla Ahmad. Bahasa dan jln penceritaan yg best. Saya suka!!! 👍
Profile Image for Mslvoe.
1,197 reviews124 followers
December 10, 2023
F rasa lelaki terhebat dalam hidup Seri ialah Tok Ayah dan Jaden.

Jalan cerita dia smooth, tok ayah tak prejudis langsung pada Jaden. Setiap orang ada masa silam.

F suka vibe kat kampung, kawan yang baik seperti Jannah.
Profile Image for Bella RINA.
178 reviews4 followers
March 2, 2022
Cerita mmg literally about tajuk die.. hebat mane pon lelaki..mesti ade juga silap die..ade tak sempurnanya..kisah seorang bodyguard yg ade affair dgn prempuan simpanan bos die yg end up kne pukul and campak kat kampung..jumpa lak heroin and atok die..and he stay there for 1 months and in that time..byk la kejadian yg berlaku menyebabkan die pertahankan dua beranak tu..both of them give and take la..byk pengajran dalam cerita ni..semua watak brings pengajaran pasal diri masing2.. its make me sedar..buruk mane pon org tu..xsalah kan kte lupakan his past and move on to good future..itu pengajaran utama yg disampaikan.. overall memang best sgt..recommended👍🌷
Profile Image for Izz.
395 reviews8 followers
August 14, 2021
Bacaan yang santai, sesuai sangat baca buku ni dikala stress menghadap dinding rumah saja beberapa bulan ni sebab pkp yang tak habis². 😅

Jaden Haqeef, watak hero yang tak perfect. Banyak sungguh dosa & salah silap Jaden ni. Dia yang pilih jalan tu. Sis suka watak hero macam ni, baru nampak real, hero yang baik memang dah hampir pupus dah kat muka bumi ni. Haha.

Seri Dhia, watak heroin yang baik. Well, baik² Dhia ni ada juga lar salah yang dia buat. Especially bila dia lari lepas kahwin dengan Jaden. Eh! Rasa hangin plak dengan Dhia masa tu. Si Jaden tu pun satu, kata sayang, nape tak kejar or halang jer Dhia masa tu.

Tok ayah, steady. Cool, chill, jenis matang, ye lar, dia dah tua kan. Tok ayah pun pernah buat salah gak dulu, so dia belajar dari kesalahan dia dulu lar.

Apa pun, pengajaran dari cerita ni, walaupun dulu orang tu jahat, pendosa, tak hebat, janji dia nak berubah ke arah kebaikan, kita patut lupakan saja dosa² dia, bagi peluang untuk dia berubah dan bimbing dia ke arah yang betul tu. Siapa lar kita nak hukum orang tu. Semua orang pernah buat silap.

I like this story!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ida Barrie.
19 reviews
January 15, 2023
Novel ni ada vibes2 JEBAT sikit, best, tak draggy and konflik dia tersusun, lepas satu, satu. So tak boring and pace dia sedang elok tak laju tak slow. Ada plot twist kat akhir2 tu. penulisan dan cerita mmg smpai. Congrats to author sbb ini novel kedua beliau yg i baca and i’m a fans now!

Ok now about the novel, BLT ni cerita about Jaden Haqeef and Seri Dhia. A bodyguard and a girl next door gitu. Jaden ni kind of lelaki yg tough, fighter, player, and pendosa la in conclusion tapi sbb dia ada affair dgn gundik bos dia, dia kena belasah half dead and dibuang kat kebun getah kmpung si Seri Dhia ni and from there story fasal diorg bermula. Tok ayah (atok seri) yg byk jaga, nasihat and ajar Jaden utk jadi baik. And family tok ayah ni sendiri bermasalah. Ada je gangster dtg pukul la, culik seri dhia la, ugut tok ayah la, so Jaden ni dtg at the right time and at the right place. Ada juga selitkan perangai2 masyarakat kampung yg suka sibuk hal org, sebar gosip murahan and mulut puaka makcik2. But indeed jaden ni mcm type2 lelaki macho sado ada aura dan karisma also bijak. Dia byk tolong tok ayah dan seri dhia sbb doeg berdua pun byk tolong dia. Dia nak kahwin dgn seri dhia even seri dhia ni syok kat iqram (doktor) watak iqram yg anak emak and bijak pandai tp tak berapa nk bijak dlm soal kehidupan. End up jaden n seri kahwin. Ada lg konflik between dorg which dtg from jaden’s past life sbb dia ni byk berahsia dgn seri dhia tapi tak dgn tok ayah sbb tok ayah bff dia. Cute! Family jaden ni pun sebenarnya ada problem. So terbongkar la satu per satu. Ada related jugak dgn family seri dhia ni. So cerita dia senang hati la baca. Every conflict ada solution dia and puas hati.
1 review
December 14, 2023
Tak best. Story line mendatar. Pengunaan ayat yang sangat tidak member makna. Baca je la 6 chapters terakhir dan korg dh boleh tau the whole story
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.