Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
Sinopsis Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
2015 •
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu. BAB 2: DAYANG MUDA Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura. BAB 3: KATARSIS Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
2018 •
2012 •
Tijdschrift voor Communicatiewetenschap
De rol van gelijksoortigheid van het publiek bij online zelfexpressie: een replicatiestudie2017 •
Otology & Neurotology
The Contour Electrode Array: Safety Study and Initial Patient Trials of a New Perimodiolar Design2001 •
2020 •
World Journal of Hepatology
Tinjauan Yuridis Tentang Peralihan Hak Atas Tanah yang Akan Digunakan Untuk Jalan Tol Trans Sumatera (Studi Pada BPN Lampung Selatan)2021 •
Jurnal Teknik Gradien
Analisis Kinerja Ruas Jalan Dan Perhitungan Biaya Operasional Kendaraan Pada Ruas Simpang Benoa Square-Simpang Tugu Ngurah Rai2018 •
Mutation Research/Genetic Toxicology and Environmental Mutagenesis
Assessment of the genotoxicity of Cu and Zn in raw and anaerobically digested slurry with the Vicia faba micronucleus test2009 •
2020 •
2004 •
Case Reports in Rheumatology
Axial Spondyloarthritis and Autosomal Dominant Polycystic Kidney Disease in Two Siblings: A Rare Cooccurrence2018 •
Journal of Cardiovascular Magnetic Resonance
Myocardial perfusion with ultra fast spin-echo single-shot echo-planar-imaging2010 •
International Journal of Agriculture Environment and Food Sciences
Effects of different doses of ammonium nitrate applications on nutrient content in some types of grass: nutritional supportHealth Education Journal
Be Wise: A complementary and alternative medicine health literacy skill-building programme2020 •
Perspectivas rurales
Caracterización de los sistemas de producción caprinos en la Región Huetar Norte de Costa Rica mediante la utilización de técnicas estadísticas multivariables2020 •
2017 •
Journal of Solid State Chemistry
Tl2S: Re-Determination of Crystal Structure and Stereochemical Discussion2002 •
International Research Journal of Engineering, IT & Scientific Research
Yield Performance of Calocybe indica on Different Agricultural Subatrate2016 •