Siakap Keli
resipi pisang rebus
Kredit: Rosmini Rozi/Facebook

Ini Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Susah Nak Jumpa Sekarang

Ini Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Susah Nak Jumpa Sekarang!

Zaman dahulu kalau waktu petang mesti nak makan manisan, sama sahaja seperti sekarang. Cumanya pada era ini, manisan yang dicari lebih kepada mempunyai perisa sebagai contoh, pisang goreng keju coklat, lempeng perisa teh hijau dan sebagainya.

Kalau dahulu, lebih kepada manisan yang diciptakan menggunakan bahan yang sedia ada seperti jemput-jemput, cucur, cekodok dan yang paling penting bebas daripada segala perisa tambahan.

Pernah dengar tak tentang manisan pisang rebus? Jika singgah di kedai kopi mesti akan dihidangkan manisan tersebut. Kemudian dimakan pula ketika panas bersama air kopi memang tak dapat nak ungkapkan sedapnya! 

Pisang rebus dulu pun dijual pada harga yang sangat murah iaitu 50 sen untuk sebiji. Sekarang susah nak cari kemudian harga juga mungkin akan sedikit mahal, mengikut peredaran masa.

Sekarang, susah nak jumpa manisan tersebut kerana terdapat kemunculan makanan yang lebih menarik dan sedap seperti pastri yang menjadi kegilaan ramai buat masa ini.

Tetapi korang jangan risau, walaupun susah nak jumpa, boleh sahaja buat sendiri, betul tak?

Kalau buat manisan orang-orang zaman dahulu, memang tak perlukan banyak bahan pun. Yang penting bahan tersebut memang dah sedia ada di rumah.

Menerusi perkongsian Cikkbieyy Rosli, bahan utama yang diperlukan hanya empat sahaja. Tunggu apa lagi, mari ikuti resipi pisang rebus ini di bawah.

BACA: Resipi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api

Resipi Pisang Rebus

Kredit: Cikkbieyy Rosli/Facebook

Bahan-bahan yang diperlukan:

Pisang

Air

Sedikit Garam

Cara-caranya:

Yang pertama sekali, basuh pisang tersebut terlebih dahulu sehingga bersih tanpa membuangkan kulitnya.

Kemudian, toskan pisang itu sehingga kering dan masukkan ke dalam periuk.

Selepas itu, isikan air sehingga sama paras dengan kuantiti pisang dan masukkan sedikit garam.

Setelah itu, buka api sederhana dan biarkan ia mendidih sehingga pisang empuk.

Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Cikkbieyy Rosli/Facebook

BACA: Terliur, Khairul Aming Kongsi Resipi Burger ‘Mc Ming’ Ala Prosperity

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana