berita

Tular Video Wanita ‘Free Hair’ Mirip Rossa Sera Dicium Lelaki?

April 24th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Terbaru, tular satu video di Instagram @rs92.jr, mirip seorang wanita iaitu bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Sera.

Artikel berkaitan: ‘Bini Orang Tu Sampai Hancur’ – Nama Rossa Sera Kembali Dipetik?

Artikel berkaitan: Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol, Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?

Wanita mirip Rossa Sera?

Menerusi perkongsian dimuat naik, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi.

Di dalam video tersebut memaparkan aksi mesra berpelukan dan cium antara wanita itu bersama seorang lelaki namun masing-masing memakai pelitup muka.

Dipercayai video yang telah disunting dengan menggunakan lagu Saat Bahagia nyanyian Ippo Hafiz ini dirakam di sekitar Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Temu bual Rossa Sera

Selain itu, akaun terbabit turut memuat naik video temu bual Rossa Sera tetapi wajahnya telah dikaburkan.

Terdahulu, Rossa Sera didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Menerusi pendedahan yang dibuat, individu terbabit mendakwa hubungan tersebut masih terjalin meskipun si isteri sudah menggesa Rossa Sera untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.

Lebih parah, isteri kepada lelaki tersebut pula dikatakan sedang sibuk menguruskan hal perceraiannya susulan kejadian tersebut.

Untuk rekod, Rossa Sera dan Shuk Sahar berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 6.

Namun, mereka disahkan bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×