Istilah Kafir atau Non-Muslim? Mana satu pilihan kita?

Kafir itu jika dilihat pengertiannya ialah “yang menutupi” sedangkan non-Muslim itu pengertiannya “tidak sejahtera”. Jadi, mana satu pilihan kita sebagai orang Islam? Sudah tentulah diriku akan menggunakan istilah kafir cuma ianya bukan dari sudut pandang yang negatif seperti yang selalu digunakan terorris. Nabi s.a.w sebelum & selepas berlakunya hijrah, Baginda s.a.w tetap menggunakan istilah “Kafir” kepada musyrikin Mekah & Madinah. Dakwah memang perlu di akhir-akhir zaman sebegini, tetapi Nabi s.a.w tak menekankan kuantiti, tetapi lebih kepada kualiti(hadith tentang ramainya umat Islam tetapi seperti buih di lautan). Dakwah kepada umat Islam yang sedia ada lebih penting daripada menarik orang-orang kafir untuk masuk Islam. Jadi, mana pilihan anda?

afrohijab:
“Recommended books for Sha'ban by our sister Zainab Ismail
With the blessed month of Shaban soon upon us let us irrigate the seeds planted in Rajab with seeking forgiveness (istigfar), goodness and seeking knowledge. ———————————
Here are a...

afrohijab:

Recommended books for Sha'ban by our sister Zainab Ismail

With the blessed month of Shaban soon upon us let us irrigate the seeds planted in Rajab with seeking forgiveness (istigfar), goodness and seeking knowledge. ———————————
Here are a few books our teachers recommend to purify the heart, soul, and our intentions. ———————————
1. The Beginning of Guidance, Abu Hamid Al-Ghazali
2. The Book of Assistance, Imam Abdallah Ibn ‘Alawi Al-Haddad
3. The Book of Intentions, Al-Habib Muhammad bin Alawi Al-Aydarus
4. Key To The Garden, Habib Ahmad Mashhur Al-Haddad
5. Purification of The Heart, Hamza Yusuf
6. Treatise on Discipline In The Path of The Seeker, Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad
———————————————–Please note: it is ideal to read the book with a qualified teacher that has a chain of transmission (sanad/isnad). If a qualified teacher isn’t available some of these lessons are available on SeekersHub, YouTube, and or SoundCloud. ———————————
“Seek knowledge from the Cradle to the Grave.”

♥♥♥♥♥

Yang dimaksudkan istilah “sunyi” di dalam ucapan seorang sufi sejati sebenarnya bertitik tolak dari 1 hadith Qudsi iaitu “AKU adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi(KANZUN MAKHFIYAN), AKU rindu untuk dikenali lalu KUciptakan makhluk agar mereka mengenal diriKU”. Perbendaharaan Yang Tersembunyi itulah dipanggil peringkat Ahadiyah(Kesatuan Abstrak) di mana Allah suci daripada sebarang ikatan(muqayyid). Lafaz Syariatnya pada orang-orang Mukmin ialah Tasbih(Subhanallah). Mendengar perkataan-perkataan orang-orang Sufi itu mestilah diperhalusi dengan bahasa Dzauqiyah, bukannya dengan lafaz zahir semata-mata, insya-Allah tidak berlakunya tuduhan yang tidak enak didengar. Telah berkata Imam Izzudin Abd. Salam rahimahullah: “70 takwilan lebih kusukai daripada memilih untuk menyesatkan melalui kalam-kalam kaum-kaum Sufiyyah”.

Sempatku bertanyakan soalan pada Tuan Syeikh Abdul Hadi al-Kharsa walaupun kurasakan diriku tak layak utk bertanya soalan apatah lagi persoalan tentang hakikat tasawuf. Terima kasih ya Tuan Syeikh atas jawapannya. Semoga Allah S.W.T jualah yg...

Sempatku bertanyakan soalan pada Tuan Syeikh Abdul Hadi al-Kharsa walaupun kurasakan diriku tak layak utk bertanya soalan apatah lagi persoalan tentang hakikat tasawuf. Terima kasih ya Tuan Syeikh atas jawapannya. Semoga Allah S.W.T jualah yg membalas jasa baik tuan.

rumidervish:

image

“Seek the art of loosening knots.

Quick! Before your soul leaves your body.

Leave that nothing that seems like existence.

Seek the existence that seems like nothing.”

-Rumi

Syeikh Badiuzzaman Said Nursi rahimahullah adalah seorang ulama’ yang zuhud, tawadhu’, warak lagi sufi. Baginya, pejuang itu adalah orang yang tidak pernah kenal erti putus asa meskipun ianya terlihat mustahil. Jika anda tak mampu berjihad berkumpulan, maka jihadlah dengan pena seorang diri. Beliau meninggalkan beberapa kitab tetapi kitab yang menarik & meruntun jiwaku ialah kitab Ana(Aku). Semoga Allah S.W.T menempatkan roh-Nya dikalangan para kekasih-Nya.

Masya Allah! Berjalan-jalan di Youtube dan terjumpa dengan kalam puisi ciptaan guruku yang tercinta. Tidak lagi kuinginkan menjadi hebat seperti Ibnu Arabi, Rumi, Omar Khayyam atau Jami’, cukuplah sekadar aku mencium cincin di jari mu ya maulana

Beginilah cara Nabi Muhammad S.A.W bertindak ke atas kaum Homoseksual. Mereka ingin masuk Islam, Rasulullah membenarkannya tetapi dalam pada waktu yang sama Rasulullah melarang mereka untuk tinggal di dalam kota Madinah kecuali mereka benar-benar taubatan nasuha. Diharapkan pemimpin Malaysia dimasa hadapan kelak ada yang dapat bertindak seperti ini.