Malaysia dilihat lebih maju kerana Kepimpinannya. Bukan kerana terlalu ramai jumlah penduduknya. (China dan India juga mempunyai penduduk paling ramai didunia tetapi mampu menjadi kuasa ekonomi dunia). Kepimpinan Malaysia seawal mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 telah memainkan peranannya.
Antaranya pendidikan. Kerajaan pada waktu itu sememangnya serba kekurangan dari segi wang ringgit untuk bangunkan Malaysia. Jika dilihat pada masa itu tidak banyak bangunan mega dan pencakar langit di Malaya (nama sebelum Malaysia) berbanding Indonesia. Kerajaan Malaysia pada waktu itu hanya memandang bahawa pendidikan lah yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pendidikan percuma diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia seawal usia 6 tahun. Mereka diwajibkan bersekolah sehingga ke peringkat Menengah. Malah, sehingga ke universiti bantuan pendidikan diberikan kepada semua rakyat miskin seperti biasiswa, pinjaman pendidikan, dan derma. Justeru, lahirlah masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berfikiran terbuka.
Masyarakat yang berilmu pengetahuan inilah yang telah berusaha untuk membangunkan ekonominya. Kepimpinan kerajaan tidak hanya berhenti setakat ini sahaja. Para pemerintah telah menghantar rakyat Malaysia ke Jepun, Amerika, Eropah, dan beberapa negara maju bertujuan untuk mempelajari teknologi mereka. Setelah pelajar ini pulang ke tanah air, mereka bergabung idea membuat kajian dan penyelidikan. Maka lahirlah PROTON, PETRONAS, PERODUA dan banyak lagi...
Setelah Malaysia berjaya memakmurkan ekonominya, pemimpin tidak hanya duduk diam sahaja. Malah mereka menyeru masyarakat Malaysia agar bersatu padu membentuk generasi baru dengan visi 2020. Dengan Visi Malaysia Maju pada tahun 2020 maka penswastaan diperhebatkan. Justeru Malaysia perlu pantas bekerja keras dan berlumba-lumba membina kekayaan. Antaranya menghasilkan produk jenama sendiri. MAYBANK,AXIATA,PETRONAS,PROTON,SIME DARBY, dan beberapa badan gergasi korporat Malaysia kini dilihat pantas berkembang. Malah telah melebar sayapnya ke seluruh dunia.
Oleh yang demikian,masih banyak yang perlu saya perjelaskan disini, namun kolum tidak mencukupi... Justeru, disimpulkan bahawa Kepimpinan yang baik akan mengutamakan pendidikan untuk rakyatnya. Kerana pendidikan adalah segala-galanya, pendidikan lah yang akan memakmurkan ekonomi sesebuah negara. Saya menyeru masyarakat Indonesia agar tidak memusuhi Malaysia kerana kita adalah serumpun.Jika Malaysia lebih maju dari Indonesia maka mintalah bantuan dari malaysia supaya kita sama-sama maju. Pelaburan Malaysia secara besar-besaran di Indonesia tidak bermakna kita mahu menguasai ekonomi Indonesia. Kita harus melihat win win situation. Perusahaan Malaysia di Indonesia sebenarnya sama-sama mendapat kebaikan. Jika dipihak Malaysia, pelaburan ini mendatangkan kekayaan kepada Malaysia sekali gus memakmurkan ekonomi Malaysia. Di pihak Indonesia pula, Malaysia boleh memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat Indonesia. Secara tidak langsungnya, dapat menaiktaraf kehidupan masyarakat Indonesia, sekali gus memakmurkan ekonomi Indonesia juga.
Fikir positif... Sama-sama lah kita fikirkan...
Kita adalah bersaudara...